96509 Bintangor, Sarawak, Malaysia. |
|
Kursus Yang ditawar:Ambilan Ogos 1996 - Jun 1999 ( 9 Kumpulan )
Ambilan Julai 1997 - Jun 2000 ( 1 kumpulan ) Ambilan Julai 1998 - Jun 2001 ( 3 kumpulan ) Ambilan Julai 1999 - Jun 2002 ( 4 kumpulan )
|
Selamat datang ke Laman Web Maktab Perguruan Rajang. Saya berharap anda akan mendapat maklumat-maklumat yang diperlukan tentang maktab ini dengan menjelajah laman web ini. Maktab Perguruan Rajang merupakan salah sebuah daripada 32 maktab perguruan di Malaysia. Maktab ini mempunyai keunikannya tersendiri, kerana maktab ini merupakan satu-satunya maktab perguruan di Malaysia yang terletak agar jauh dari bandar. Kedudukan yang jauh dari kesasakan dan kesibukan lalu lintas bandar, kehijauannya dan keadaan alam sekelilingnya yang menarik, menjadikannya sebuah institusi yang kondusif untuk latihan dan pembelajaran. Maktab Perguruan Rajang mempunyai segala kemudahan dan infrastruktur untuk memenuhi kehendak dan keperluan guru-guru pelatih. Maka dengan rasa tanggungjawab ini, maktab ini mempunyai visi untuk menjadikan sebuah institusi perguruan yang cemerlang di Malaysia. Akhir kata Maktab Perguruan Rajang memikul misi untuk menghasilkan guru yang berpengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru menerusi latihan Keguruan secara profesional berlandaskan budaya kerja yang berdisiplin, harmonis, progresif, cekap dan demokratik. Selamat berlayar. PUAN MARIA DRIS |
||||||
DewanBahasa | Bestari | InstitutBahasa | Berita | MPMK | MPSDK |